Yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan.
Selepas mengharungi segala cerita tentang perpisahan, bersama dengan gandingan baharu
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, disahkan akan kembali berganding selepas Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun bulan depan.
Apa yang diinginkan semua peminat akhirnya menjadi kenyataan selepas Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, mengesah mereka akan kembali disatukan.
Ini susulan persembahan terbaik mereka berdua dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 dengan meraih pingat perak baru-baru ini.
Namun, ia bukanlah berkuat kuasa serta merta apabila mereka hanya akan bergandingan kembali selepas berakhirnya Sukan Asia yang dijadual bermula 19 September ini.
"Saya berkata kepada mereka tidak mengapa.
"Saya bertanya apa yang mereka mahukan. Mereka terus meluahkan mahu bergandingan semula.
"Saya maklumkan kepada pengarah kejurulatihan beregu negara, Rexy Mainaky, bahawa Aaron dan Wooi Yik akan bersama semula sehingga 2028.
"Saya berharap agar mereka tiada masalah lagi," katanya ketika ditemui dalam Piala Lee Chong Wei di Bukit Kiara hari ini.