Skip to main content

Bola Sepak

Saya tak pernah lihat perkara seperti itu dalam 15 tahun, kata Igor Tudor selepas Kinsky bolos tiga gol dalam 15 minit

gaf

Tottenham Hotspur terpaksa menggantikan penjaga gol, Antonin Kinsky, seawal minit ke-17 perlawanan pertama pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara (UCL) 2025/26 selepas bolos tiga gol dalam tempoh 15 minit pertama.

Pengenali pasukan, Igor Tudor, memberikan pemain berusia 22 itu peluang untuk memulakan perlawanan berdepan Atletico Madrid sebelum digantikan dengan Guglielmo Vicario yang berada di bangku simpanan.

Advertisement

 

 

 

 

Kinsky dilihat tergelincir semasa membuat hantaran sekali gus membolehkan Atletico mengatur serangan sekali gus dioktahkan oleh Marcos Llorente untuk jaringan pembukaan pada minit keenam, sebelum tewas kepada Antoine Griezmann lapan minit kemudian.

Begitupun, Kinsky sekali lagi melakukan kesilapan mudah selepas gagal menghantar bola dengan kemas untuk jaringan ketiga daripada Julian Alvarez pada minit ke-15. 

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan berpihak Atletico Madrid 5-2, dengan aksi timbal balik akan berlangsung di London pada Khamis depan.

 

 


"Menurunkan Kinsky adalah keputusan tepat, dia seorang penjaga gol yang berbakat. Kemudian sesuatu berlaku, saya tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku dalam 15 tahun.

"Saya menggantikannya untuk membantunya." kata jurulatih, Igor Tudor.

Must Watch Video