Skip to main content

Bola Sepak

Saya tak dapat bayangkan Piala Dunia tanpa Neymar, kata Mbappe

ney

Bintang Perancis, Kylian Mbappe, optimis bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, Neymar, akan bersedia sepenuhnya menjelang Piala Dunia 2026 pada Jun nanti.

Kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu berkemungkinan menjadi pentas terakhir buat Neymar selepas kenyataannya baru-baru ini yang menjelaskan "Saya tidak tahu apa akan berlaku… mungkin pada Disember saya akan bersara." katanya sebelum ini.

Advertisement

"Neymar tetap Neymar. Piala Dunia adalah untuk bintang dunia dan dia akan berada di sana.

"Saya tidak akan dapat bayangkan Piala Dunia tanpa Neymar, tetapi saya tidak menentang Ancelotti.

"Saya pasti Neymar akan bersedia." katanya.

 

 

 

 

Karier Neymar sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering diganggu kecederaan serius, termasuk kecederaan lutut yang memerlukan pembedahan.

Neymar juga terpaksa bergelut untuk kembali ke tahap kecergasan terbaik, sekali gus menjejaskan peluangnya untuk kekal konsisten di peringkat tertinggi.

Malah, ketiadaan dalam skuad kebangsaan sejak 2023 turut memberi tekanan kepada peluangnya untuk beraksi di Piala Dunia akan datang.

 

 

Must Watch Video