Skip to main content

Berbasikal

Saya perlu cari masa -- Davia Evriel akui berdepan cabaran bahagi masa belajar, berlatih

dde

Pelumba berbasikal trek remaja endurance negara, Davia Evriel Eriana Azif, ingin mengikut jejak langkah kakaknya, Dania Avriel Alviera yang mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil elajaran alaysia (SPM) sebelum ini.

Davia mengakui tahun ini terhias dengan cabaran apabila dia bakal membawa cabaran negara pada beberapa kejohanan utama dan yang terdekat adalah Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Tagaytay, Filipina pada 25 hingga 31 Mac ini.

Advertisement

Namun, pada tahun yang sama juga dia bakal menghadapi SPM serta perlu membahagikan masa dengan bijak antara pelajaran dan sukan diceburinya.

Pada Ogos tahun ini juga akan menjadi medan terpenting kepada dirinya kerana akan mewakili Johor untuk Sukan Malaysia (Sukma) serta peperiksaan Percubaan SPM.

"Bagi saya sebagai atlet kebangsaan agak sukar untuk menyeimbangkan perkara itu, jika mahu diri sendiri perlu lakukan.

"Saya sentiasa perlu cara masa untuk belajar, terima kasih pihak sekolah juga daripada aspek masa selain beri kelonggaran." katanya.

Must Watch Video