Skip to main content

Sukan Lasak

Saya perlu cabar diri sendiri -- Afiq Azman mahu cipta sensasi dalam debut sulung di New Delhi

aa

Debaran pentas antarabangsa bakal dirasai atlet pelapis boling padang negara, Muhammad Afiq Azman, selepas disenaraikan untuk membuat debut sulung di Asian Lawn Bowls Championship 2026.

Pemilihan Afiq hadir dengan hasil prestasi cemerlang dipamerkan dalam saingan kelayakan kebangsaan, apabila dia berjaya meraih tempat kedua sekali gus melayakkan dirinya mengisi slot ke kejohanan berprestij di New Delhi, India itu.

Advertisement

"Saya nak buat untuk diri sendiri sebab tahun lepas saya cuba untuk sesi pemilihan juga tetapi tahun ini hanya beberapa orang sahaja yang ikuti sesi yang dijalankan dan rezeki saya meraih kedudukan dua terbaik.

"Bagi saya, saya perlu mencabar diri saya walaupun menyedari bersaing dengan atlet podium," kata Muhammad Afiq Azman.

Dalam persiapan menuju hari kejohanan, dia turut diingatkan agar tidak terlalu terikat dengan nama atau reputasi lawan, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada kekuatan mental diri sendiri.

Nasihat daripada pemain lebih senior itu dilihat sebagai kunci utama, terutamanya dalam kejohanan bertaraf antarabangsa yang menuntut ketenangan dan konsistensi tinggi.

"Pertamanya perlu kuatkan mental, itu yang paling penting kerana prestasi akan terus merudum jika mental kita tidak bersedia ketika dalam situasi tekanan.

"Seterusnya, perlu sentiasa bersemangat dalam setiap perlawanan," tambah Afiq.

Must Watch Video