Tular di media sosial sebelum ini pergaduhan di dalam padang ketika pertemuan antara Inter Miami berdepan Chicago Fire dalam saingan Major League Soccer (MLS) yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Soldier Field, baru-baru ini.
Dalam video itu menyaksikan pergaduhan mulut antara pemain kebangsaan Argentina, Rodrigo De Paul dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Poland, Robert Lewandowski.
Ketegangan bermula selepas Lewandowski jatuh ditolak pemain lawan, ketika Lewandowski mendekati Ian Fray, pemain-pemain Inter Miami termasuk De Paul menghampiri Lewandowski dan berlaku pergaduhan mulut serta tolak menolak.
🚨🚨🎙️| Rodrigo de Paul to Robert Lewandowski:
"Who are you? DUMMY! I have won 2 Copa America's and 1 World Cup, and you?!" pic.twitter.com/LZJmL2ifXc— CentreGoals. (@centregoals) September 10, 2026
Antara ciapan yang tular ketika pergaduhan itu adalah Lewandowski bertanya kepada De Paul "Siapakah anda?", sebelum De Paul menjawab "Saya pemenang Piala Dunia, dua kali Copa America! Kamu pula?" katanya.
Untuk rekod, De Paul memenangi Cope America pada tahun 2021 dan 2024, serta merangkul Piala Dunia di Qatar pada 2022 bersama Lionel Messi.