Pemain tengah Liverpool, Dominik Szoboszlai, menjelaskan dia mahu membina kisahnya sendiri di Anfield berbanding menjadi bayangan kepada legenda kelab itu, Steven Gerrard, selepas mencipta jaringan-jaringan 'luar biasa' .
Pemain kebangsaan Hungary berusia 25 tahun itu turut menyarung jersi nombor lapan yang pernah dipakai Gerrard selepas menyertai The Reds daripada kelab Bundesliga, RB Leipzig pada 2023 dengan kontrak lima tahun.
Advertisement
"Saya tidak menjalani musim seperti Steven Gerrard, meskipun dia adalah legenda kelab ini.
"Saya hanya cuba membina kisah saya sendiri, dan saya cuba melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Semoga kami dapat meneruskan sehingga musim berakhir.
"Saya tidak selalu menjaringkan gol, tetapi beberapa gol dalam aksi kali terakhir. Saya hanya mahu terus berusaha dan menjaringkan gol sebanyak yang boleh." katanya.
Untuk rekod, Szoboszlai telah merekodkan 10 jaringan dalam semua kejohanan buat Liverpool musim ini