Skip to main content

Gimnastik

'Saya kena berkorban pada bulan puasa ini'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Luqman

"Ini satu pengorbanan untuk cerita kejayaan yang mendatang.

Demikian laungan Luqman Al-Hafiz, yang tetap turun berlatih ketika berpuasa meskipun latihan rasmi hanya bermula pada Isnin hadapan.

Advertisement

Ini juga termasuk jadual latihan yang tidak berubah, dengan mereka perlu berlatih mengikut waktu sama seperti bulan biasa.

"Sesi latihan masih berjalan seperti biasa.

"Mahu atau tidak, saya tetap perlu paksa diri sendiri. Tiada alasan.

"Piala Dunia sudah dekat. Saya perlu meningkatkan tahap kesukaran rutin.

"Saya kena berkorban pada bulan puasa ini," katanya.

Harapan Luqman juga untuk membuktikan sesuatu pada tahun 2026 dengan meneruskan momentum kejayaan meraih pingat perak dalam Sukan SEA Thailand 2025 dan pastinya sasaran utama adalah cemerlang menjelang Sukan Komanwel Glasgow dan juga Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Must Watch Video