Individu paling terkesan dengan situasi yang menimpa pengurus pasukan berbasikal para negara, Asri Abdul Mubin, adalah anaknya Nashrul Hisyam, yang dilihat merindukan gelak tawa daripada ayahnya yang disifatkan seorang periang dan disenangi ramai.
Menyingkap kembali tragedi hitam yang menimpa ayahnya, Nashrul berada dalam keadaan terkejut kerana menerima perkhabaran itu secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda yang menunjukkan ayahnya sedang sakit.
Advertisement
Jauh di sudut hatinya, anak bongsu Asri itu berharap agar ayahnya mampu pulih dan berkomunikasi seperti sediakala serta kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Nashrul juga menzahirkan sepenuh penghargaan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), llianz Malaysia dan semua pihak terlibat dalam membiayai kos rawatan ayahnya yang diserang strok.
"Saya ingin ucapkan kepada YB Taufiq, MSN dan ISN yang banyak membantu semasa saya di Korat. Segala nasihat saya terima daripada pakar di MSN, segala penginapan ditanggung oleh MSN, terima kasih.
"Dia orang yang mesra disapa oleh kawan dan keluarga, rasa sedikit sunyi. Saya harap perkara ini cepat berakhir dan keadaan kembali seperti biasa semula," katanya.
Pengarah Bahagian Para MSN, Shukri Harun, berharap agar keadaan Asri kembali seperti sediakala.
Jelas Shukri, semua kos tersebut telah dibiayai MSN bersama bantuan Allianz mMalaysia yang menelan hampir RM10 juta.
"Yang penting dia selamat dibawa pulang ke tanah air dan doakan yang terbaik buat dia." tambahnya.