Skip to main content

Bola Sepak

'Saya harap Selangor mampu rangkul satu piala tahun ini'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor

Bekas pertahanan Harimau Malaya, Azmi Muslim, mahu melihat bekas pasukannya, Selangor, menamatkan kempen musim ini dengan sekurang-kurangnya merangkul satu piala selain menamatkan saingan Liga Super 2025/26 di kedudukan kedua terbaik.

Untuk rekod, pemain kelahiran Tanjung Malam itu merupakan antara watak penting ketika merealisasikan Misi 33 Selangor ketika menjulang Piala Malaysia pada 2015 semasa berada di bawah kendalian Mehmet Durakovic.

Advertisement

Azmi turut pernah menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Felda United serta beberapa kelab lagi selain memiliki lesen C dalam bidang kejurulatihan.

"Bagi saya Selangor, kerana Selangor untuk saya satu nama yang sangat besar. Bermain buat Selangor satu pengiktirafan buat saya dapat beraksi buat pasukan yang gah dahulunya.

 

 

@astroarena

Antara yang terakhir menjulang Piala buat Selangor FC, Azmi Muslim mahu lihat bekas pasukannya itu melangkah lebih jauh, dibawah Kim pan-gon. Tonton sedutan episode istimewa ini, di Youtube rasmi Astro Arena, sekarang! 📱 #BorakBorakBotak | @nafisnba

♬ original sound - Astro Arena

 

"Memang besar nama Selangor tetapi tidak mudahlah beraksi buat Selangor, tekanan, penyokong mahu kemenangan.

"Saya (beraksi) pada 2014 sampai 2016, saya adalah kumpulan terakhir menang Piala Malaysia.

"Untuk saya dengan kehadiran jurulatih baru boleh suntik semangat baru sekurang-kurangnya bersaing sengit dalam liga.

"Dengan pemain yang ada tahun ini berada dalam dua kelompok terbaik, wajib Selangor ada. Dengan kehadiran Kim Pan-gon saya harap Selangor mampu merangkul satu piala tahun ini." katanya.

 

 
 

Must Watch Video