Skip to main content

Hoki

Saya harap dia kembali pulih -- Bekas pemain hoki negara ziarah Sarjit Singh di hospital

ad

Kisah bekas jurulatih hoki negara, Sarjit Singh, terus mendapat perhatian lensa Nadi Arena, hari ini beberapa bekas pemain hoki negara turut menziarahi bekas jurulatih skuad hoki kebangsaan itu.

Sayu melihat keadaan Sarjit yang kini sedang berdepan ujian getir, bukan di lapangan hoki, namun dalam realiti kehidupan.

Antara yang hadir bagi memberikan sokongan adalah legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, bekas pemain hoki kebangsaan, Arrifin Mohd Ghani yang kini berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan dan Olimpian hoki negara, Aanantha Sambu Mayavu.

"Saya cukup beremosi kerana Sarjit merupakan bekas kapten negara, dia seringkali memberikan motivasi buat pasukan dan membawa kami melalui banyak kejohanan, saya yakin dia akan kembali pulih sepenuhnya," kata Aanantha.

Sumbangan dan jasa Sarjit tiada tandingannya, mewakili negara di dua kali dalam temasya Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992, selain merupakan kapten negara serta mengemudi skuad hoki senior lelaki negara sebanyak dua kali.

"Keyakinan dia sangat tinggi, itulah harapan saya dan rakan-rakan dalam komuniti hoki agar Sarjit terus positif dan kembali pulih," tambah Mirnawan.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video