Piala Lee Chong Wei — trofi rasmi diperkenalkan selain penganjuran raih sokongan ramai rakan korporat dengan hadiah lumayan RM100,000 jadi rebutan selain tiket untuk bernaung di bawah Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Chery muncul rakan korporat pertama, selain Yonex Sunrise serta Astro Arena sebagai penyiar rasmi edisi sulung kejohanan.
"Astro berbesar hati menyokong edisi sulung Piala Lee Chong Wei sebagai hos penyiar, sekali gus membawa platform menarik ini kepada peminat dan pemain muda seluruh negara. Astro sudah lama membawakan liputan menyeluruh acara sukan utama hinggalah kepada inisiatif yang membantu mencungkil dan membangunkan bakat muda negara", kata Ketua Sukan Astro, Nicholas John.
🚨“Saya curi bapa punya raket”- Datuk Seri Lee Chong Wei kongsi kisah 🏸 perjalanannya sehingga menjadi pemain badminton disegani dunia.🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/jf56OD7rJZ
— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 11, 2026
Buat julung kalinya, penganjuran Badminton Piala Lee Chong Wei 2026 diadakan tahun ini dengan kejohanan peringkat remaja ini mengangkat misi penting, mencungkil bakat baharu peringkat akar umbi selain kejohanan yang menawarkan nilai ganjaran lumayan pernah dianjurkan di negara ini.
Disinilah karier sebenar seseorang pemain itu akan digilap dengan satu pencarian — pelapis terbaik untuk Datuk Seri Lee Chong Wei.
Kejohanan dijadual berlangsung membabitkan tiga kategori, bawah 13 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun bermula 29 Ogos ini sehingga 6 September 2026 di ABM yang boleh disaksikan secara langsung di Astro Arena.