Skip to main content

Bola Sepak

'Saya cuba angkat kereta untuk selamatkan ibu…' -- Pengakuan menyayat hati Joao Cancelo

'Saya cuba angkat kereta untuk selamatkan ibu…' -- Pengakuan menyayat hati Joao Cancelo

Pemain pertahanan Portugal, João Cancelo, berkongsi detik paling tragis dalam hidupnya apabila mengenang semula kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ibunya, Filomena Cancelo, ketika dia baru berusia 18 tahun.  

Dalam satu wawancara penuh emosi menjelang Piala Dunia 2026, Cancelo menceritakan bagaimana kemalangan yang berlaku pada tahun 2013 itu mengubah hidupnya selama-lamanya. Ketika kejadian, beliau berada di dalam kereta bersama ibunya dan adik lelakinya yang ketika itu baru berusia lapan tahun.  

“Saya masih ingat jeritan terakhir ibu saya. Saya juga masih ingat adik saya menangis ketakutan,” katanya.  

Lebih memilukan, Cancelo mendedahkan bahawa beliau cuba menyelamatkan ibunya dengan mengangkat kereta yang terbalik, namun segala usahanya gagal.

“Saya cuba mengangkat kereta untuk mengeluarkan ibu saya dari bawahnya, tetapi saya tidak mampu. Saya cuba sedaya upaya, namun mustahil untuk mengangkat sebuah kereta,” katanya.  

Tragedi itu memberi kesan mendalam kepada Cancelo sehingga beliau pernah terfikir untuk meninggalkan bola sepak. Namun, semangat untuk meneruskan kehidupan dan memenuhi impian ibunya menjadi pendorong utama untuk beliau bangkit semula.  

Beberapa tahun kemudian, Cancelo mengabadikan kenangan terhadap ibunya apabila mendedikasikan gol pertamanya bersama FC Barcelona pada tahun 2023 dengan mesej menyentuh hati: “Sentiasa untukmu, ibu.”  

Dalam wawancara yang sama, Cancelo turut mengimbau insiden rompakan bersenjata di rumahnya ketika bersama keluarganya di Manchester pada 2021. Beliau diserang sehingga mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan lapan jahitan selepas cuba melawan perompak yang menceroboh kediamannya.  

Kini berusia 32 tahun dan bersedia menghadapi kemungkinan Piala Dunia terakhir bersama Portugal, Cancelo dilihat sebagai contoh ketabahan luar biasa. Di sebalik kejayaan sebagai salah seorang pertahanan terbaik dunia, tersimpan kisah duka yang terus menjadi sumber kekuatan dalam perjalanan kariernya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Must Watch Video