Skip to main content

Bola Sepak

Saya bukan hijrah sebab Penang tak bagus, mungkin tak dapat sesuaikan diri dengan taktikal -- Ariff Farhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ariff

Daripada kisah pahit musim lalu kepada kemanisan tawaran.

Pemain Kuching City, Ariff Farhan Isa, mengakui tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran menyertai The Cats dari Penang selepas melalui pengalaman pahit musim lalu.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan Arif dengan wartawan Zulhelmi Zainal Azam, menjelang debut rasminya bersama The Cats, untuk aksi Liga Super 2025/26 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Arif antara barisan pemain Kedah Darul Aman yang tidak menerima bayaran gaji hampir 10 bulan musim lalu.

Meskipun kehilangan punca pendapatan untuk tempoh panjang, namun rezeki tidak salah alamat buat pemain yang mesra disapa 'Kokot' itu.

Dia berjaya meneruskan kelangsungan kariernya bersama Penang, sebelum berhijrah ke Kuching pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M).

 

 

 

Menariknya, perpindahan itu turut menyaksikan produk Harimau Muda A itu kembali bergabung bersama Aidil Sharin Sahak.

Untuk rekod, Arif pernah bekerja dibawah kendalian jurulatih dari Singapura itu ketika bersama Sang Kenari dari 2021 hingga 2022.

"Pasukan ini antara yang terbaik dalam Liga Malaysia, saya bukan hijrah sebab Penang tak bagus, mereka ada pemain dan pasukan yang bagus, pandangan peribadi saya mungkin saya tak dapat nak sesuaikan diri dengan taktikal pasukan Penang. Mungkin itu sebab saya pindah ke Kuching, malah saya pernah bersama jurulatih Aidil ketika di Kedah.

"Mengenali sepenuhnya taktikal dia tidak, tetapi saya selesa dengan cara permainan yang diterjemahkan dia. Semua pemain dalam liga nak beraksi di peringkat tinggi.

"Perjalanan masih panjang, daripada memikirkan tempat kedua lebih baik fokus satu per satu perlawanan." katanya.

Must Watch Video