Bekas perancang tengah Perancis, Dimitri Payet, mengumumkan persaraan daripada kancah bola sepak profesional selepas 21 tahun.
Pemain berusia 38 tahun itu tidak memiliki pasukan selama sembilan bulan selepas kali terakhir berkhidmat buat Vasco da Gama dalam saingan Liga Brazil.
Advertisement
Dia membuat pengumuman penuh emosi itu semasa temu bual secara langsung dalam separuh masa perlawanan Ligue 1 antara Olympique de Marseille dan Lille di Stade Velodrome.
Payet yang merupakan pakar set-piece ketika beraksi buat Marseille dan West Ham itu memulakan kerjaya profesional bersama FC Nantes pada tahun 2025, kemudian mengumpul 38 kap sepanjang bersama skuad senior Perancis dengan rekod lapan gol selain memacu kejayaan Les Bleus muncul naib juara Euro 2016.
π¨ π’πππππππ: Dimitri Payet has announced his retirement from professional football at the age of 39. ππ₯²π«π·
One of the best number 10s in French football history. ππ€ pic.twitter.com/XqxRHXYYNPβ Football Tweet β½ξ¨ (@Footballtweet) March 22, 2026
"Saya ingin meluangkan masa dua minit untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berkongsi 20 tahun ini dengan saya. Ia perkara yang luar biasa.
"Saya berasal dari sebuah pulau dan impian saya menjadi seorang pemain profesional. Saya berjaya melakukan itu selama 20 tahun di peringkat tertinggi, beraksi buat skuad kebangsaan dan ini adalah penghujung perjalanan yang indah." katanya.