Skip to main content

Bola Sepak

Saya belajar untuk cintai negara ini, ia rumah saya -- Bergson sedia sarung jersi Harimau Malaya

bergson

Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai peluangnya untuk melakukan penampilan sulung bersama Harimau Malaya dalam perlawanan terakhir Kumpulan F, pusingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam hujung bulan ini.

Bergson, 35, yang menyertai JDT pada Februari 2021, tampak sudah melengkapkan syarat naturalisasi selain turut menarik minat ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski, yang sedia untuk menggunakan khidmat penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super itu.

Advertisement

"Saya fikir ia cuma sebahagian daripada keinginan saya kerana sehingga kini, belum ada sesiapa berbincang dengan saya, jadi saya agak ragu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Tetapi saya bersedia dan seperti yang saya katakan, saya belajar untuk mencintai negara ini, untuk merasakan di sini rumah saya.

"Ia pasti kegembiraan yang besar jika saya dapat peluang itu. Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan. Saya teruja untuk membantu pasukan negara."

 

Must Watch Video