“Saya akan pastikan mereka semua berlari hujung minggu ini,” kata wakil pasukan legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Michael Owen.
Dalam nada berseloroh, Michael Owen tidak mahu memberikan saingan mudah buat pihak lawan yang mewakili pasukan legenda dunia dalam perlawanan All Star Legends di MITEC pada Sabtu ini.
Sesuatu yang menarik bakal berlaku apabila legenda bola sepak berkumpul untuk aksi yang difahamkan penjualan tiketnya sudahpun terjual sepenuhnya.
Pasukan legenda EPL bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain seperti Steven Gerrard, Ryan Giggs serta John Arne Riise.
Pasukan All Star legenda dunia pula bakal menampilkan pemain seperti Alessandro Del Piero, Dida, Diego Capel dan Jaap Stam.
"Amat bagus untuk berada di sini dan apabila anda bercakap mengenai pertandingan, amat bagus untuk melihat semua orang banyak berlari," kata Owen kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Kebanyakan mereka masih memiliki sentuhan yang hebat cuma apabila anda berumur, akan ada kekurangan daripada segi fizikal."
"Bola Sepak","All Star Legends","Michael Owen","MITEC"