Justine mencuri tumpuan apabila kelihatan masih menjalani latihan pramusim bersama pasukan meskipun kini sedang hamil tujuh bulan. Aksinya mengundang persoalan bagaimana dengan kehamilan, dia masih memilih untuk terus kekql aktif dengan pemantauan yang sesuai.
Dan apa yang pasti, bukan semua ibu hamil mampu melaksanakan perkara tersebut.
Pemain antarabangsa Belgium berusia 34 tahun itu dilihat mengikuti sesi latihan ketika Crystal Palace membuat persiapan menghadapi saingan Liga Super Wanita (WSL) musim baharu. Namun, intensiti latihan yang disertainya disesuaikan mengikut keadaan semasa.
Walaupun perkongsiannya di laman media sosial Instagram mendapat pelbagai reaksi positif dan dianggap memberi inspirasi kepada kebanyakan ibu hamil, penglibatan Justine dalam latihan dilakukan di bawah nasihat dan pemantauan rapi pasukan perubatan.
Walaupun tindakan ini mengagumkan, setiap kehamilan adalah berbeza. Jika berasa tidak larat atau tidak mampu, jangan paksa diri. Kesihatan ibu dan bayi perlu sentiasa menjadi keutamaan, dan sebarang aktiviti fizikal wajar dilakukan mengikut nasihat doktor.
Kepada semua ibu-ibu di luar sana, termasuk saya sendiri we got this!