Aksi Pool X saingan Super Academy Rugby (SAR) menyaksikan SMK King Edward VII (KE VII) membenam SMK Shah Alam 15-13 hari ini.
Hasrat SMK Shah Alam untuk membalas dendam kekalahan dalam suku akhir musim lalu tidak kesampaian apabila KE VII mempamerkan corak agersif sejak dari awal.
Advertisement
Bagaimanapun, KE VII terpaksa menunggu sehingga minit ke-19 untuk peroleh try pertama menerusi Yusof Rosli.
Rentak cemerlang itu diteruskan mereka untuk menjarakkan kedudukan 12-0 menuju ke bilik persalinan.
Sebaik babak kedua bersambung, kebangkitan mula dipamerkan SMK Shah Alam apabil memperoleh penalti yang mudah disempurnakan Saqif Hadri.
Namun, berselang beberapa minit, KE VII pula mendapatkan penalti untuk disudahkan Alif Solehin.
SMK Shah Alam tidak beri jalan mudah apabila menyempurnakan satu try, conversion dan penalti untuk merapatkan mata.
Namun kebangkitan itu tidak cukup untuk mengejar kedudukan dan membenarkan kemenangan KE VII.