Skip to main content

Berbasikal

Saingan Kejohanan YSD Track Series, BMX Series 2026 ditangguhkan

jj

Yayasan Sime Darby (YSD) hari ini berkongsikan saingan Kejohanan YSD Track Series dan BMX YSD 2026 akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menerusi kenyataan di laman rasmi YSD, berkongsikan: "Yayasan Sime Darby (YSD) dengan kesalnya ingin memaklumkan kepada komuniti berbasikal bahawa semua perlumbaan akan datang di bawah Siri Trek YSD dan BMX YSD 2026 kini ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Hal ini disebabkan oleh perkara teknikal dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), yang kami harap dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Selama bertahun-tahun, John Beasley, Pengarah Teknikal PKBM, telah memainkan peranan penting dalam membina dan mengembangkan Siri YSD, dengan mendedikasikan masa dan kepakaran beliau demi pembangunan sukan lumba basikal trek dan BMX di Malaysia.

“Beliau juga sedang aktif membantu YSD dalam menyelesaikan perkara yang berlaku ketika ini dengan PKBM.

“Sepanjang tahun-tahun tersebut, siri ini telah menjadi lebih daripada sekadar sebuah program perlumbaan. Ia telah memberikan pelumba muda satu laluan untuk berkembang, menyatukan keluarga dan kelab, serta membantu melahirkan generasi pelumba basikal Malaysia yang seterusnya.

“Ia akan menjadi satu kerugian besar kepada komuniti lumba basikal jika peluang-peluang ini tidak lagi disediakan.

“Maklumat kemas kini lanjut akan dikongsikan sebaik sahaja kami menerima maklumat baharu.” Kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video