Jersi rasmi keempat atau sebaliknya?
Harimau Malaya bakal menerima tonik terbaharu menjelang kempen Piala ASEAN FIFA 2026 yang dijadualkan berlangsung 24 September hingga 5 Oktober ini.
Syarikat barangan sukan terkemuka, Puma, dalam satu hantaran rasmi di Instagram memberi bayangan sesuatu bakal muncul buat skuad negara pada 20 September, Ahad ini.
Rata-rata peminat tidak sabar dengan pengumuman tersebut, sambil menantikan apakah yang akan dikeluarkan oleh penaja rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu.
Pasukan kebangsaan sudah memiliki tiga jersi dengan warna berbeza.
Kuning sudah, hitam pun sudah dan biru juga ada. Selepas ini?