Skip to main content

Bola Sepak

Safee Sali terima perkhabaran pemergian ibu ketika berada di Old Trafford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Safee Sali terima perkhabaran pemergian ibu ketika jalani tugasan di Old Trafford

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali, berkongsi perkhabaran pemergiannya ibu tercinta pulang ke Rahmatullah ketika menjalani tugas di bumi Manchester, England.

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" (Innalillahiwainnailaihirojiun). Al-Fatihah

Advertisement

Menerusi laman sosial Era, Safee berkongsi ibunya telah bertemu Sang Pencipta dan memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga roh allahyarhamah ibu kepada Safee ditempatkan bersama kalangan orang beriman.

"Mohon doakan mak saya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Semoga amalan mak diterima. Tenanglah di sana di negara abadi Mak," kata Safee menerusi story Instagram.

Safee dijangka akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi arwah ibunya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video