Skip to main content

Permotoran

S1K: Trio HIREV Dream Chaser juara kategori MTC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Hirev Racing

Perlumbaan Sepang 1,000 Kilometer (S1K) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam menyaksikan trio HIREV Dream Chaser, Rahul Raj, Daim Hishamuddin dan Aaron Hakim, muncul juara kategori MTC selepas menamatkan perlumbaan 181 pusingan itu dengan catatan 8 jam 19.36 saat.

Perlumbaan bermula baik tanpa sebarang insiden berbahaya tetapi menuju ke penghujung saingan, beberapa kejadian di atas litar memaksa kemasukan kereta keselamatan beberapa kali.

Advertisement

Keadaan itu, bagaimanapun, tidak mengganggu rentak trio berkenaan untuk terus memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat dengan rekod sepusingan terbaik 2 jam 33.68 saat pada pusingan ke-162.

Dalam pada itu, tempat kedua menjadi milik Honda MYS Racing Team, yang dibarisi Aaron Lim dan Mohamed Farriz dengan jurang 42.16 saat.

Tedco Racing pula melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga dengan catatan 8 jam 30.54 saat.

 

Must Watch Video