Petarung muay thai muda negara, Mikail Ghazali Zulfikar, amat gembira dengan prestasinya ketika menewaskan petarung dari Iran, Reza Dostialme, dengan keputusan majoriti juri dalam pertarungan Rajadamnern World Series (RWS) di Stadium Rajadamnern, Bangkok malam tadi.
Dalam pertarungan itu, Miki memperoleh kemenangan 2-0 dengan keputusan juri 29-27, 29-27, 28-28 memihaknya.
Advertisement
Ia hasil serangan bertali arus yang dilakukan petarung muda negara itu, terutama dalam pusingan ketiga, di mana tumbukannya berhasil menjatuhkan lawan.
Pemenang pingat emas Sukan SEA itu berkata, dia memerlukan kebangkitan dalam pertarungan itu kerana pada satu ketika dia kehilangan rentak.
"Saya rasa baik, saya rasa hebat dapat bertarung di sini," katanya dalam sidang media selepas pertarungan itu.
"Tetapi saya masih perlu memperbaiki banyak perkara, saya tidak tahu apa untuk diperkatakan tetapi saya gembira saya melakukannya dengan baik.
"(Pada satu ketika) Saya perlu bangkit, saya hilang rentak."