Petarung muay thai negara, Elias Ghazali Zulfikar, menewaskan muka baru dari Jepun, Haru AKita, dalam Kejohanan Rajadamnern World Series (RWS) dengan keputusan juri sebulat suara.
Dalam pertarungan itu di Stadium Rajadamnern, Bangkok malam tadi, kedua-dua petarung mempamerkan aksi seimbang dan memperoleh mata sama sepanjang dua pusingan pertama.
Advertisement
Bagaimanapun, Elias mula mempamerkan kemampuan sebenarnya dalam pusingan ketiga untuk memperoleh kemenangan 29–27, 29-27, 29-27.
Terdahulu, adiknya, Mikail Ghazali Zulfikar, turut memperoleh kemenangan dalam kejohanan sama dengan menewaskan petarung Iran, Reza Dostialme, dengan keputusan majoriti juri.
Sehari sebelum itu, seorang lagi adiknya, Johan Ghazali Zulfikar, turut meraih kemenangan dalam pertarungan ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok dengan menewaskan lawan dari Myanmar, Ye Yint Naung, menerusi keputusan juri sebulat suara.