Russia dilaporkan bakal menganjurkan kejohanan seakan Kejohanan Piala Dunia sendiri buat negara-negara yang tidak layak bertanding di Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada tahun depan.
Perkara itu tular di media sosial baru-baru ini dengan beberapa media di Eropah melaporkan bakal berlangsungnya 'Piala Dunia buat mereka yang dikecualikan'.
Malah, dikhabarkan Rusia turut telah menghubungi beberapa negara seperti Cameroon, China, Serbia, Nigeria dan beberapa negara lain berhubung penyertaan ke kejohanan ini.
🚨 𝗥𝗨𝗦𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗦 𝗧𝗢 𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗 𝗖𝗨𝗣 𝗙𝗢𝗥 𝗡𝗢𝗡-𝗤𝗨𝗔𝗟𝗜𝗙𝗜𝗘𝗗 𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗦! 🇷🇺🏆🤯
🔸 Excluded from international competitions, Russia is looking to put pressure on FIFA to lift existing sanctions.
The proposed… pic.twitter.com/xMm0lnlyku— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 24, 2025
Terdahulu, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menggantung pasukan Russia daripada pertandingan kelab dan antarabangsa sejak 2022.
Persoalannya, adakah kejohanan itu bakal menjadi kenyataan?
