AC Milan belum mengutip sebarang kemenangan dalam perlawanan persahabatan selaku persiapan pramusim setakat ini.
Dan, terbaru gergasi Serie A itu tewas 0-3 di tangan Chelsea di Stadium Geloran Bung Karno, Indonesia dalam siri jelajah persahabatan menjelang aksi pembukaan liga domestik itu pada 24 Ogos ini.
Bekas ketua jurulatih Manchester United yang kini menjadi pengurus AC Milan itu berdepan desakan oleh peminat memandangkan kelab itu sekadar mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan.
π¨π¨| RΓΊben Amorim is still πππππππ π πππ with AC Milan this pre-season.
β 0-3 vs Chelseaβ°π€ 1-1 vs Inter Milanβ°π€ 2-2 vs Celtic
Three games, no wins so far. π pic.twitter.com/5f1YMIzXFOβ CentreGoals. (@centregoals) August 8, 2026
Lensa kamera sempat merakam Amorim yang berang dengan para pemain di tengah padang, dan ia jelas mencuri perhatian peminat sambil mempersoal nasib AC Milan musim ini.