Calon Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, menyifatkan persaingan tiga penjuru bagi jawatan itu sebagai persaingan sihat.
Rosmadi bakal bersaing dengan Presiden Kuala Lumpur FA, Syed Yazid Syed Omar, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, Mohd Firdaus Mohamed.
Menurut Rosmadi, siapa sahaja yang dipilih nanti akan memikul tanggungjawab besar untuk mengembalikan martabat bola sepak negara di pentas antarabangsa.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM itu percaya pengalaman luasnya sejak mula bertugas di Kelana Jaya pada 2010 mampu memberi nilai tambah kepada barisan kepimpinan baharu badan induk berkenaan.
Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029 dijadual berlangsung pada 17 September ini.