Skip to main content

Bola Sepak

Rosmadi sedia pertimbang jawatan Presiden KAFA, mahu kembalikan zaman emas bola sepak Kelantan

Rosmadi sedia pertimbang jawatan Presiden KAFA, mahu kembalikan zaman emas bola sepak Kelantan
Advertisement

Datuk Seri Rosmadi Ismail memberi bayangan kesediaan untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sekiranya dicalonkan menjelang pemilihan persatuan itu pada 26 November depan.

Rosmadi, yang turut memegang jawatan Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bagaimanapun tidak menganggap dirinya sebagai calon pilihan.

Advertisement

Sebaliknya, beliau melihat kedudukannya dalam badan induk bola sepak negara itu sebagai satu kelebihan untuk membantu mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan yang pernah menjadi antara kuasa utama dalam arena bola sepak tempatan.

“Jika saya dicalonkan, saya akan pertimbangkan kerana saya sebenarnya berasa agak sedih apabila KAFA telah digantung hampir tiga tahun dan perkara ini memberikan kesan amat buruk kepada pembangunan bola sepak di Kelantan,” katanya.

Advertisement

Beliau turut menegaskan tanggungjawabnya sebagai anak Kelantan yang berada dalam kepimpinan FAM untuk membantu memperbetulkan hala tuju bola sepak negeri itu.

“Saya sebagai orang Kelantan yang berada dalam FAM mempunyai sedikit tanggungjawab untuk memperbetulkan bola sepak Kelantan yang merupakan sukan nombor satu di negeri ini,” katanya.

Untuk rekod, FAM menerusi Jawatankuasa Pertikaian Dalaman yang bermesyuarat pada 19 Disember 2024 memutuskan Kongres KAFA Kali Ke-65 serta pemilihan Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2024-2028 tidak sah.

Keputusan itu dibuat susulan isu membabitkan ahli gabungan KAFA yang tidak dibenarkan hadir atau tidak dijemput ke kongres berkenaan, selain prosedur dan tatacara pengendalian kongres yang didapati tidak teratur.

Pemilihan baharu yang dijadualkan berlangsung pada 26 November ini menjadi perkembangan penting dalam usaha menentukan hala tuju pentadbiran bola sepak Kelantan.

Kesediaan Rosmadi untuk mempertimbangkan pencalonan sekiranya diberikan mandat membuka ruang kepada kemungkinan perubahan kepimpinan, ketika bola sepak Kelantan memerlukan penyelesaian bagi memulihkan pentadbiran dan pembangunan sukan itu di negeri berkenaan.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video