Pengerusi Jawatankuasa Futsal Dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, memaklumkan status ketua jurulatih futsal negara, Rakphol Sainetngam, sama ada kekal atau tidak hanya akan diputuskan selepas berakhirnya kempen sukan SEA Thailand 2025.
Rosmadi turut menjelaskan kontrak Rakphol bakal tamat Disember ini, dengan pihaknya berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan pengendali itu sejak dilantik Ogos 2023.
Advertisement
FAM sedia menawarkan kontrak lanjutan kepada Rakphol sekali gus kekal membimbing Malaysia dalam pusingan akhir Piala Asia yang dijadualkan berlangsung di Jakarta daripada 27 Januari hingga 7 Februari 2026.
Untuk rekod, Rakphol muncul sebagai ketua jurulatih asing keempat yang mengendalikan skuad futsal lelaki negara selepas Vic Hermans, Silvio Machado serta Marcelo Serpa.
"Kontrak Rakphol akan berakhir pada Disember, kami akan terus berunding selepas Sukan SEA Thailand nanti.
"Saya harap dia akan kekal lagi sehingga ke Piala Asia.
"Saya harap system yang ditinggalkan Rakhpol dapat disambung jurulatih lain, mungkin jurulatih tempatan dapat mengadaptasi.
"Kita lihat selepas Sukan SEA apa akan berlaku, sekarang tumpuan kita capai kejayaan di sana." katanya.