Skip to main content

Golf

Rory McIlroy impi gelaran berturut-turut The Masters

rory

Dramatik! Peminat golf dunia pastinya ingat kejayaan Rory McIlroy julang sulung The Masters tahun lalu selepas lebih 10 tahun menanti untuk tambah koleksi gelaran major sekaligus muncul pemain keenam untuk melengkapkan kejuaraan major dalam karier.

Dan tahun ini - pemain Ireland Utara itu impi gelaran berturut-turut di Augusta, Georgia sekaligus misi muncul pemain keempat dalam sejarah kejohanan untuk raih gelaran 'back-to-back' selepas Jack Nicklaus, Nick Faldo dan Tiger Woods.

Advertisement

Namun adakah tekanan hebat menanti McIlroy yang kini miliki 6 gelaran major?

Jawapannya - tidak! McIlroy tampak lebih selesa dan bersedia untuk harungi cabaran 2026 biarpun misi sukar menanti dalam raih gelaran kedua di kejohanan ini.

Bagi McIlroy, kejuaraan tahun lalu sudah cukup memberikan ketenangan selepas melengkapkan semua gelaran major dan hanya mahu turun lebih santai namun bukan bermaksud tidak serius.

Pemain berusia 36 tahun ini turut menegaskan bahawa dia sudah bersedia fizikal dan mental selain lebih mengenali potensi sebenar sejak bergelar pemain profesional pada 2007.

Topik Berkaitan

Must Watch Video