Dr. Mohammed Taufiq Johari, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi menggantikan YB Hannah Yeoh, berikutan pengumuman rombakan Kerajaan Madani sebentar tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman khas berkaitan Kabinet Kerajaan MADANI.
Advertisement
Dr. Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Timbalan Menteri disandang oleh Mordi anak Bimol menggantikan Adam Adli Abd Halim.
Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut menggantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Upacara angkat sumpah yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar akan berlangsung esok jam 10 pagi di Istana Negara.
Berikut adalah biodata Dr. Mohamed Taufiq:
- Tarikh Lahir: 6 Mac 1996
- Umur: 29 tahun (sehingga Disember 2025)
- Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
- Pekerjaan: Ahli Politik, Doktor Perubatan
- Parti Politik: Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pakatan Harapan (PH)
- Jawatan: Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Sungai Petani
- Pendidikan:
- Sekolah Menengah: SMK Gombak Setia, Selangor
- Universiti: Universiti Islam Bandung, Doktor Perubatan (MD)
- Keluarga: Anak kepada Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani
- Keputusan Pilihan Raya: Menang PRU dengan majoriti 1,115 undi di Sungai Petani
- Pengalaman:
- Ahli Parlimen Sungai Petani sejak November 2022
- Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat
- Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah
- Mula Berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan: 16 Disember 2025