Rodrigo Holgado dilaporkan semakin hampir untuk menyertai pasukan Liga Super Malaysia, DPMM.
Perkara itu diakui sendiri kelab berkenaan menerusi satu artikel yang diterbitkan dalam laman web rasmi mereka bertajuk: Mesin gol Malaysia Rodrigo Holgado semakin hampir berpindah ke DPMM.
"Mesin gol Malaysia, Rodrigo Holgado, semakin hampir untuk menandatangani kontrak bersama DPMM FC," tulis pasukan itu.
"Sepanjang musim 2024-25, Rodrigo bermain untuk America de Cali dalam saingan Primera A Colombia sebelum berpindah ke Coquimbo dalam Primera Division Chile.
"Penyerang kelahiran Argentina itu merupakan penjaring terbanyak buat Coquimbo dengan meledak 18 gol sepanjang musim 2018.
"Sepanjang musim 2024/2025 pula, dia telah menjaringkan 18 gol untuk America De Cali."
Sebagai rekod, Holgado merupakan antara tujuh pemain yang terpalit dengan isu pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya tahun lalu.