Skip to main content

Bola Sepak

Roberto De Zerbi mohon maaf buat peminat Spurs!

de zerbi

Pengendali baru Tottenham, De Zerbi dikecam hebat oleh sesetengah penyokong tegar Spurs susulan komen yang dibuatkan ke atas Mason Greenwood.

De Zerbi dalam kenyataan dibuatnya di laman rasmi Tottenham mengkritik isu Greenwood yang terlibat dalam beberapa dakwaan jenayah.

Advertisement

Namun kenyataan tersebut mendapat kecaman segelintir peminat namun perkara ini segera ditarik balik pengendali berusia 46 tahun itu sambil memohon maaf terhadap peminat tegar Tottenham dengan berjanji untuk fokus bantu misi pasukan elak relegasi liga.

"Saya minta maaf jika ada menyinggung perasaan segelintir peminat di atas kenyataan saya. Saya ada seorang anak perempuan dan semestinya saya agak sensitif berhubung perkara ini. Saya harap peminat dapat mengenali saya dengan lebih dekat dan mempercayai kemampuan saya untuk mengendalikan pasukan ini".

Spurs melantik De Zerbi selaku pengurus rasmi pasukan selepas pengurus sementara pasukan, Igor Tudor dipecat pada ahad susulan situasi semasa pasukan yang kini berada di kedudukan ke-17 Liga Perdana Inggeris, hanya satu kedudukan menghampiri zon relegasi.

Berbaki 7 perlawanan liga, tugas getir menanti De Zerbi dalam memastikan perjuangan Spurs kekal menyala di pentas EPL.

 


 

Topik Berkaitan

Must Watch Video