Skip to main content

Badminton

'Rindu badminton, tapi kini saya ada masa untuk keluarga' -- Chong Wei

'Rindu badminton, tapi kini saya ada masa untuk keluaraga' -- Chong Wei

Lapan tahun meninggalkan gelanggang kompetitif tidak pernah memadamkan rasa cinta Datuk Seri Lee Chong Wei terhadap badminton.

Meskipun sudah bergelar bekas pemain, legenda badminton negara itu mengakui masih merindui rutin sebagai pemain, terutama ketika menyaksikan aksi badminton di kaca televisyen.

“Rindu badminton. Tengok badminton di kaca TV, tetapi darah saya, hati saya tetap dalam sukan ini dan kini telah bersara lapan tahun.

“Saya akui gembira kerana dapat bersama keluarga. Dulu memang tiada masa kerana selalu berlatih dan menghadapi kejohanan,” katanya.

Chong Wei berkata, kehidupannya sebagai pemain dahulu hampir sepenuhnya dipenuhi dengan latihan dan kejohanan sehingga rutin itu menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

“Waktu saya memang dipenuhi dengan latihan sepanjang hari, setiap hari sehingga saya bersara,” katanya.

Malah, tempoh awal selepas menggantung raket bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui apabila tubuh dan rutin hariannya masih terbiasa dengan kehidupan sebagai atlet.

“Bulan pertama selepas bersara agak susah untuk menyesuaikan diri kerana saya tetap bangun selepas ingin menjalani latihan!” katanya sambil mengimbau kembali detik berkenaan.

Bagaimanapun, Chong Wei kini menikmati fasa kehidupan yang berbeza apabila mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga, selain terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Walaupun tidak lagi turun beraksi secara kompetitif, kecintaannya terhadap badminton kekal utuh dan kini diterjemahkan menerusi usaha membantu pembangunan generasi baharu pemain negara.

Antara usaha berkenaan ialah menerusi penganjuran Piala Lee Chong Wei yang dilihat sebagai platform untuk memberi pendedahan lebih luas kepada pemain muda.

Bagi Chong Wei, persaraan bukan bermakna hubungannya dengan badminton berakhir, sebaliknya membuka ruang untuk beliau menyumbang kepada sukan itu dalam bentuk yang berbeza.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement