Skip to main content

Berbasikal

Ridwan Sahrom bangkit selepas cedera serius di Piala Dunia Trek UCI

Ridwan Sahrom bangkit selepas cedera serius di Piala Dunia Trek UCI

“Sudah puas menangis, kini masa untuk bangkit,” luah Ridwan Sahrom, pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, yang kini berada dalam proses pemulihan awal susulan kecederaan serius dialaminya di Piala Dunia Trek UCI Hong Kong.

Ridwan, yang juga juara bertahan kejohanan kebangsaan acara pecut dan keirin, tidak dapat mempertahankan kejuaraannya, selain terlepas peluang beraksi di Sukan Komanwel.

Namun, dia bersyukur kerana proses pemulihan berjalan lancar dan kini meletakkan harapan untuk kembali pulih lebih awal sebelum menunggu lampu hijau untuk kembali ke trek velodrom.

Meskipun mengakui banyak perkara bermain di fikiran susulan kecederaan ‘major’ ini, Ridwan menekankan bahawa beliau hanya fokus pada perkara positif dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh doktor.

Menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2026, senarai juara edisi lalu bakal menyaksikan juara baru dijulang memandangkan ketiadaan Ridwan.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mendominasi dua kategori iaitu keirin wanita dan pecut wanita pada tahun lalu.

Turut menjadi tumpuan adalah sama ada Nur Aisyah Zubir mampu mempertahankan tiga gelaran sebelum ini dalam acara elimination, scratch, dan points race.

Kejohanan ini dijangka menjadi medan utama untuk menyaksikan bakat muda muncul dan persiapan atlet negara menjelang kejohanan antarabangsa seterusnya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video