'Ini satu langkah kanan kepimpinan baru FAM', Demikian pandangan pemerhati bola sepak negara, datuk Richard scully, sebaik mengulas mengenai aksi cemerlang dtunjukkan skuad harimau malaya sepanjang kempen piala ASEAN FIFA di Indonesia.
Bagi Richard, pujian wajar diberikan kepada kepimpinan baru persatuan bolasepak Malaysia (fam), Yang diketuai presiden, datuk ab ghani Hassan, kerana dapat menyediakan pasukan terbaik biiarpun berdepan kekangan masa.
Walaupun sekadar menduduki tempat ketiga, rekod tanpa kalah dan tanpa bolos sepanjang empat perlawanan itu membuktikan harimau malaya lulus ujian pertama dan berada di landasan tepat untuk mula mengidamkan kejayaan di pentas lebih besar.
"Tahniah buat Harimau Malaya atas keputusan yang diraih dalam Piala ASEAN FIFA 2026, tidak terlupa pujian buat kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya berasakan mereka mampu membawa pasukan negara ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Kehadiran tiga pemain baru, bergson da Silva, brad tapp dan manuel hidalgo, jelas memberikan nafas baru buat harimau malaya.
Richard berpandadangan gaya permainan positif Yang ditunjukkan tiga pemain itu, terutama bergson, membantu meningkatkan kualiti pemain lain dalam skuad kebangsaan.
"Bergson memainkan peranan yang penting dan menjadi penanda aras buat setiap pemain dalam pasukan supaya memastikan pasukan ini memiliki identiti setiap kali berada di atas padang."
Richard menambah, ketua jurulatih interim, tan cheng hoe, telah membentuk satu identiti baru buat harimau malaya dengan corak permainan Yang di luar kebiasaan.
Justeru, dengan gaya permainan dan taktikal menarik Yang dipamerkan skuad negara, adalah wajar untuk cheng hoe dikekalkan selaku pengendali harimau malaya.
"Saya berasakan corak permainan cukup menarik, tidak bersifat negatif, berani melancar serangan dan mereka telah membuktikan Harimau Malaya ada corak permainan tersendiri."
