Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mendedahkan barisannya hanya menumpukan perhatian kepada aspek moral pemain menggunakan rakaman persembahan mereka sebelum ini, beberapa hari sebelum saingan badminton Sukan Asia Aichi-Nagoya membuka tirai.
Baginya, ia penting dalam mengingatkan kembali pemain tentang pendekatan dan sikap dalam menghadapi temasya besar seperti Sukan Asia yang boleh dianggap sebagai 'mini Sukan Olimpik'.
Lebih-lebih lagi buat atlet yang akan membuat kemunculan pertama dalam Sukan Asia yang sepatutnya turun tanpa tekanan.
"Sukan Asia harus menjadi motivasi lebih besar buat atlet yang akan membuat penampilan pertama, bukannya satu tekanan tinggi.
"Mereka harus bermotivasi bahawa mereka terpilih keranan mempunyai kemampuan," katanya.
Beregu wanita, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah, antara diberi kepercayaan selain skuad wanita yang bakal merakam penampilan sulung berpasukan selepas 12 tahun tidak menghantar skuad penuh.