Skip to main content

Bola Sepak

Restoran Korea di AS boikot Hong Myung-bo, kemarahan peminat makin memuncak selepas kegagalan Piala Dunia

Restoran Korea di AS boikot Hong Myung-bo, kemarahan peminat makin memuncak selepas kegagalan Piala Dunia

Kemarahan penyokong Korea Selatan terhadap bekas ketua jurulatih, Hong Myung-bo, kini dilaporkan melangkaui sempadan negara apabila beberapa premis perniagaan milik komuniti Korea di Amerika Syarikat mula memaparkan notis melarang beliau memasuki restoran mereka.  

Menurut laporan media Korea, sebuah restoran di Buena Park, California yang menjadi tumpuan komuniti Korea memasang notis bertulis dalam bahasa Korea dan Inggeris yang menyatakan Hong “dilarang masuk”. Tindakan itu kemudian tular di media sosial sebelum diikuti beberapa premis lain di Korea Selatan yang turut mempamerkan notis serupa sebagai simbol bantahan terhadap bekas pengendali skuad Taeguk Warriors itu.  

Gelombang kemarahan tercetus selepas Korea Selatan tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 walaupun hadir dengan harapan tinggi serta dibarisi pemain bintang seperti Son Heung-min, Lee Kang-in dan Kim Min-jae. Kekalahan kepada Mexico dan Afrika Selatan menyaksikan mereka gagal mara ke pusingan kalah mati.  

Hong menerima kritikan hebat khususnya selepas keputusannya tidak menurunkan Son dalam kesebelasan utama ketika aksi penentuan menentang Afrika Selatan. Beliau kemudian mengakui akan membuat keputusan berbeza sekiranya mengetahui bagaimana perlawanan itu akan berakhir.  

Tidak lama selepas tersingkir, Hong mengumumkan peletakan jawatan dengan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan pasukan. Krisis itu turut menarik perhatian Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, yang mengarahkan siasatan terhadap pengurusan Korea Football Association susulan kontroversi pelantikan Hong dan prestasi hambar skuad kebangsaan.  

Laporan turut menyebut Hong telah meninggalkan Korea Selatan menuju ke Amerika Syarikat ketika tekanan terhadap dirinya terus memuncak, termasuk ancaman dan bantahan terbuka daripada sebahagian penyokong yang menyifatkan kegagalan di Piala Dunia sebagai kemuncak kepada masalah pengurusan bola sepak negara itu.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video