Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor dinobatkan selaku juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 hari ini.
Formula rahsia disebalik program latihan kontinjen itu terbukti berhasil apabila mereka terus mencipta kejayaan bagi merangkul kejuaraan ke-17 berturut-turut.
Advertisement
Dominasi tersebut bukan hasil usaha individu semata-mata, sebaliknya kerjasama sebagai sebuah pasukan yang menyeluruh.
Malah, pencapaian gemilang itu didahului pelbagai pendekatan penyelidikan dan pembangunan dalam modul latihan atlet.
"Kami mempunyai kaedah tersendiri yang menjadi rahsia kejayaan kami," kata seorang wakil kontinjen MSS Selangor.
Tambah seorang lagi wakil, "Kami amat bersyukur mempunyai kejurulatihan dan pengurusan yang komited dan paling penting, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang memberikan segala-galanya untuk kami mengekalkan kejuaraan."