Atlet sport climbing negara. Renee Tan, mempunyai hasrat untuk membuktikan sesuatu bahawa dia masih lagi relevan dalam sukan tersebut menjelang World Climbing Asia Championship 2026 yang bermula esok.
Dengan arah sport climbing banyak tertumpu kepada atlet lebih muda, tanggungjawab buat Renee untuk bersaing hebat dengan mereka, sekali gus merealisasikan impian meraih slot ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Advertisement
"Saya mahu membuktikan generasi atas juga boleh melakukan apa yang orang muda boleh buat.
"Saya juga mahu memperbaharui kedudukan ranking Asia," katanya.
Sementara itu, situasi berbeza buat atlet sport climbing muda negara, Muhammad Ayman Firas, yang ketika ini mengintai ranking nombor satu negara yang kini milik rakan sepasukannya, Ke Qun Tao, selain daripada mengejar slot ke Sukan Asia.
"Mental dan fizikal berkurang selepas tamat Sukan SEA.
"Saya memulakan latihan semula pada Februari lalu.
"Paling penting untuk terus dipilih. Harapnya kali ini menjadi atlet nombor satu negara," katanya.