Skip to main content

Regatta

Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi: Wakil tunggal negara dalam kelas racing akur berdepan masalah teknikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ra

Saingan hari kedua Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi menyaksikan pasukan Rama-Rama VG dalam kategori racing tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat masalah teknikal yang dikesan pada bahagian dalaman bot.

Menerusi kenyataan rasmi pasukan keputusan tersebut diambil atas faktor keselamatan dan komitmen terhadap standard perlumbaan.

Advertisement

Namun, kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan dan pasukan akan menilai keupayaan untuk meneruskan penyertaan selepas semua isu teknikal dapat diselesaikan sepenuhnya.

"Pasukan Rama-Rama VG mengalami masalah teknikal melibatkan bahagian dalaman bot, jadi kami tidak dapat teruskan perlumbaan hari ini.

"Masalah sedang dikenalpasti, jadi kami akan melakukan keputusan meneruskan atau sebaliknya minggu ini," jelas kru bot rama-rama, Norzuhaira Ruhanie.

 

 

 

Sebagai penyertaan pertama di kejohanan ini pasukan Rama-Rama VG menyatakan keterujaan dapat bersaing dengan pasukan antarabangsa dalam kelas racing.

Skuad Rama-Rama juga menegaskan sasaran utama mereka adalah memberikan prestasi terbaik dalam mewakili Malaysia, manakala berada di kedudukan podium dianggap sebagai nilai tambah kerana dominasi The Next Factor dan Blitz menjadi halangan terbesar buat mereka pada masa ini.

"Ini adalah penyertaan pertama kami jadi kami teruja dalam sertai perlumbaan ini, sebagai wakil tunggal Malaysia dalam kelas racing itu amat membanggakan.

"Jadi kami akan berikan terbaik, jika menang dan raih podium itu bonus." ujarnya.

Must Watch Video