Dari gelanggang badminton ke lautan, Marxus Lim curi perhatian!
Daripada gelanggang ke lautan, Lim Hong Xuan, atau lebih mesra disapa Marxus Lim, bekas pemain badminton profesional Malaysia kini mencuri perhatian dalam dunia yacht.
Advertisement
Marxus pernah mencapai kedudukan ranking dunia ke-501 menerusi acara perseorangan lelaki dunia pada 14 Mac 2023 sebelum bersara dan fokus kepada pernigaan besar keluarga!
Namanya pernah tular apabila video latihan smash yang dikongsi legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, pada 16 Januari 2024 dan meraih hampir 3 juta tontonan di media sosial.
"Saya lihat perjalanan hidup ini sebagai sebuah proses permintaan disiplin seperti dunia perniagaan, dahulu saya mengejar prestasi rutin yang ketat, usaha berterusan, ketahanan mental.
Dari Smash ke Lautan: Kisah Di Sebalik Yacht “Lagenda Misbun” Sidek
Ada kisah menarik, sebab apa nama Misbun diletakkan di bot ini.
Video tular 2.5 juta tontonan jadi asbab katanya!
Lanjut di Nadi Arena, 7.30 malam!@ASTROARENA pic.twitter.com/BPQuQbXbYj— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 23, 2026
"Selepas bersara saya bawa semua ini dalam dunia perniagaan, membuat keputusan yang berisiko cuma bezanya dalam sukan pihak lawan di depan mata, tetapi perniagaan pula adalah diri sendiri.
"Prinsip sama, hari ini lebih baik daripada semalam. Paling meninggalkan kesan apabila pinggang saya sakit dan kaki cedera.
"Misbun jurulatih yang berdisiplin, saya belajar pengurusan masa dan bertanggungjawab daripada dia. Percaya setiap manusia ada potensi yang tidak terhad, berusaha sepenuh hati, dan terus sehingga Berjaya, itu nasihat paling diingati.
"Dia seperti seorang ayah, saya namakan sempena Misbun agar tidak lupa diri akan asal usul, warna kuning dan hitam warna kegemaran Misbun, sebagai tanda hormat dan terima kasih. Saya harap kisah ini akan dikenang di Langkawi.
"Terima kasih sebab tegas, percaya ketika saya ragu." katanya.