Saingan hari pertama Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi edisi ke-22 menyaksikan pasukan Blitz dilihat sebagai antara pasukan yang mampu mencabar dominasi dalam saingan kali ini terutamanya dalam kategori racing.
Dalam edisi lalu, pasukan ini muncul sebagai pencabar terdekat buat juara bertahan 'The Next Factor', yang mempamerkan prestasi konsisten dan daya saing yang tinggi sehingga ke penghujung perlumbaan.
Advertisement
Selaku trimmer dalam pasukan Blitz, Peter Fletcher, berganggapan perbezaan satu saat untuk sampai ke garisan penamat dan mendapat empat mata adalah situasi positif bagi menggugat kedudukan juara bertahan dalam hari pertama dengan baki lapan perlumbaan lagi.
"Kami menjangkakan mereka antara lawan yang sengit, Kadangkala kami mempunyai hari yang baik dan kadangkala tidak, kapal kami lebih berat dan besar jadi pada kelajuan 10 knot menjadi lebih laju.
"Saya rasa dalam perlumbaan pertama hari ini kami sangat rapat dengan perbezaan 20 saat, satu saat dalam perlumbaan akhir. Kami boleh berada di hadapan, namun berada di kedudukan kedua, jadi ia sangat gembira," katanya.
Trimmer atau ahli kru yang bertindak sebagai penyelaras dan mengawal layar bot agar keadaan bot belayar lebih laju dan stabil mengikut arah angin, memainkan peranan sangat penting untuk meningkatkan prestasi dan memastikan pasukan sentiasa kawal bot dengan optimum.
Kehadiran pasukan blitz bukan sahaja bagi menambah intensiti persaingan, malah berpotensi mengubah landskap perlumbaan pada edisi kali ini.