Ada satu fakta menarik menjelang majlis penutup perlumbaan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi 2026 esok.
Tahukah anda, kapal layar Alive dari Australia hampir menarik diri beberapa hari sebelum perlumbaan bermula apabila alat ganti penting mereka gagal tiba mengikut jadual penghantaran?
Advertisement
Keadaan itu menjadikan penyertaan Alive hampir terkubur tetapi dengan bantuan dan kerjasama Kastam Langkawi, alat ganti itu dapat tiba tepat pada masanya.
Dikemudi oleh skipper kelahiran Australia, Duncan Hine, Alive bangkit memperagakkan prestasi cemerlang.
Selepas perlumbaan kelapan, kapal itu kini berada dalam kelompok tiga terbaik
kelas Racing RLIR bersama dengan The Next Factor dan Blitz.
Dengan berbaki sehari saingan, mampukah Alive terus mencipta sensasi merampas takhta kejuaraan, atau segalanya akan berubah pada saat-saat akhir?
"Kami gembira dengan prestasi keseluruhan kami," kata Hine kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Tetapi apa yang ramai tidak tahu adalah kami berdepan masalah besar sebelum acara ini, di mana kami hanya dapat menggerakkan bot kami untuk belayar beberapa hari sebelum Regatta bermula.
"Kami mencari penalaan terbaik sepanjang minggu ini, jadi kami agak gembira dengan kedudukan kami."