Kurang daripada 12 jam lagi sebelum tirai Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi edisi ke-22 dibuka secara rasmi.
Acara yang akan berlangsung dari 19 hingga 24 Januari ini dijangka menghimpunkan lebih 34 kapal layar serta melebihi 250 pelayar dari pelbagai negara.
Advertisement
Azlan Abdullah, selaku Pengarah Eksekutif Royal Langkawi Yacht Club merangkap Pengarah Regatta, dalam sidang media pada isnin menyuarakan harapan agar penganjuran kali ini berjalan lancar dan semua peserta dapat bersaing secara sihat serta menjunjung tinggi semangat kesukanan.
Regatta ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelayaran dan pelancongan sukan bertaraf antarabangsa.
Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi: Edisi ke-22 janjikan cabaran dan saingan berbeza! ⛵#NadiArena#Regatta#Langkawi pic.twitter.com/ADhfTkq55k
— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) January 19, 2026
"34 buah bot dan 250 pelayar dari 13 negara bakal membuat penampilan dan kami menjangkakan perlumbaan yang menarik dan persaingan yang cukup sengit," katanya.
Sebagai juara bertahan, pasukan The Next Factor sekali lagi menjadi tumpuan dalam Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi edisi kali ini.
Skipper pasukan, Rolf Heemskerk, menyatakan status juara bertahan hadir bersama tekanan dan jangkaan tinggi, namun ia menjadi pemangkin semangat buat pasukannya untuk terus memberi persembahan terbaik di atas air.
Menurutnya, persediaan rapi telah dilakukan termasuk dari segi strategi perlumbaan serta kesepaduan kru bagi menghadapi cabaran kejohanan.
Beliau turut menjangkakan persaingan lebih sengit tahun ini dengan kehadiran pasukan berpengalaman, selain cabaran cuaca dan laluan perlumbaan di perairan Langkawi.
Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi: pasukan Next Factor sekali lagi jadi tumpuan dan pencabar utama dalam saingan kali ini untuk pertahankan Trofi Perdana Menteri!⛵#NadiArena#Regatta#langkawi pic.twitter.com/KlvbvaAkfW
— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) January 19, 2026