Skip to main content

Bola Sepak

The Red Giants gantung Ultra Selangor tiga perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

The Red Giants gantung Ultra Selangor tiga perlawanan

Selangor FC menjunjung kasih titah perintah DYMM Sultan Selangor selaku Penaung Diraja Kelab, serta nasihat DYTM Raja Muda Selangor selaku Pengerusi Selangor FC, berhubung insiden yang melibatkan segelintir penyokong sebelum perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC pada 1 Februari 2026.

Dalam satu kenyataan rasmi, kelab menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, selain komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi menjamin ketenteraman awam serta keselamatan semua pihak.

Advertisement

Ultra Selangor Digantung Tiga Perlawanan

Hasil penelitian terhadap fakta kes serta perbincangan bersama pihak berkuasa, Selangor FC memutuskan tindakan disiplin tegas terhadap penyokong yang terlibat.

Antaranya, Ultra Selangor dilarang menghadiri tiga (3) perlawanan Selangor FC, bermula 8 Februari hingga 22 Februari 2026. Larangan tersebut melibatkan:

1) Dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC
2) Satu perlawanan Liga Super menentang Kuching City FC

Larangan Stadium Selama Tiga Tahun

Dalam perkembangan sama, individu yang disabitkan kesalahan berkaitan penyalahgunaan atau pemilikan dadah akan dikenakan larangan memasuki stadium selama tiga (3) tahun, berkuat kuasa serta-merta, bagi mana-mana perlawanan bola sepak yang melibatkan Selangor FC.

Seruan Sokongan Bertanggungjawab

Selangor FC turut menyatakan kepercayaan bahawa Ultra Selangor akan mengambil iktibar daripada insiden berkenaan dan berharap kumpulan penyokong itu dapat kembali ke stadium dengan semangat serta azam baharu, selain menjadi contoh positif dalam memeriahkan suasana bola sepak tempatan.

Kelab juga menyeru semua penyokong agar terus memberikan sokongan secara bertanggungjawab, berdisiplin dan saling menghormati, demi memelihara keselamatan awam, imej kelab serta masa depan bola sepak tempatan.

Must Watch Video