Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah, menolak cadangan untuk kembali menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebaliknya berpandangan jawatan presiden FAM wajar diserahkan kepada generasi baharu.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan kembali memimpin FAM menjelang kongres pemilihan September depan, baginda secara berseloroh anggap dirinya “orang lama” dan mahu memberi peluang kepada golongan muda.
"Terima kasih, bagi orang muda," titahnya di Velodrom Nasional, Nilai.
Al-Sultan Abdullah pernah memegang jawatan presiden FAM dari 2014 hingga 2017 dan kenyataan itu, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan baginda kembali menerajui badan induk bola sepak negara tersebut.