Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Reaksi Selangor tentang isu tandatangani Salah

Salah

Kecoh di media sosial apabila peminat cuba mengaitkan perpindahan pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Salah, ke Selangor pada musim akan datang.

Ia, selepas poster tular mirip notis perpindahan Gergasi Merah itu dengan jersi terkini dan menghiburkan penyokong bola sepak tanah air dengan pelbagai gurauan tentang spekulasi itu.

Advertisement

Satu keajaiban sekiranya Salah benar-benar tiba di Petaling Jaya!

Peminat Malaysia sememangnya pandai menghangatkan suasana bola sepak tempatan.

Bintang Liverpool tersebut mengumumkan penamatan kontraknya baru-baru ini dengan jawapan tidak akan bersama The Reds pada musim hadapan.

Ke manakah hala tujunya selepas ini masih belum diketahui.

Meninjau laman transfermarkt, kelab Arab Saudi, Al-Ittihad, berkenan mendapatkan khidmatnya, namun ia masih di peringkat khabar angin.

Penyerang berusia 33 tahun itu telah mengumpul pelbagai kejayaan dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara koleksi utama. 

Must Watch Video