Pemenang gangsa beregu lelaki badminton Sukan Olimpik Barcelona 1992, Datuk Razif Sidek, menegaskan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, semakin matang dalam permainannya.
Biarpun tewas kepada beregu nombor satu dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada peringkat separuh akhir Terbuka Korea, namun mereka membuktikan semakin serasi digandingkan bersama.
Dia mengakui ia merupakan petanda positif kepada kem beregu lelaki negara menjelang aksi di final jelajah dunia 2026 tidak lama lagi serta persiapan sebelum ke pentas olimpik los angeles 2028.
"Setakat ini ada sedikit sebanyak kelemahan, jadi kita harap dia akan sentiasa perbaiki. Serangan mereka makin agresif, dan perbaiki pertahanan mereka.
"Jadi kita harap mereka dapat mengetahui perkara-perkara yang mereka diperbaiki." katanya.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun dilihat memiliki masa depan baik dan berpotensi berada seiring dengan pasangan negara lain.
Dia juga berharap pasangan ini akan terus konsisten demi misi negara mempunyai pasangan yang lengkap dan kuat di pentas jelajah dunia akhir di Hangzhou, China.